Jumaat, Oktober 31, 2014
   
Text Size

PAS Sarawak Ucap Takziah Mangsa Kemalangan di Jalan Sri Aman-Sarikei

PAS Sarawak merakamkan ucapan takziah pada semua mangsa kemalangan di km34 Jalan Sri Aman-Sarikei yang meragut nyawa 9 penumpang petang tadi. Ini mengulangi beberapa kisah kemalangan di jalan yang sama sekitar tahun ini dan tahun lalu. Biarpun mangsa terlibat merupakan warga negara jiran;sebagai umat ISLAM kita mendoakan agar roh kesemua mereka mendapat rahmat Ilahi.
Kejadian sebegini membangkitkan rasa kesal apabila melihat keadaan infrastruktur jalanraya di negeri Sarawak yang mengecewakan. Harus diingat disetiap pelusuk dunia ini sekalipun, majunya sesebuah negara atau negeri tersebut berpangkal paksi pada keadaan jalan rayanya. Keadaan jalan rayanya sudah cukup mencerminkan setakat mana kemajuan sesebuah negara itu,tetapi sayangnya diSarawak keadaan jalannya gagal diselengara dengan baik dan ada tempat yang jauh dipendalaman belum ada akses jalan raya. Malah keadaan ini juga pernah disuarakan Timbalan Perdana Menteri semasa kempen pilihanraya yang lalu. Namun saban tahun infrastruktur utama ini masih gagal disiapkan.

Pakatan Rakyat pada dasarnya seperti dibukukan dalam Buku Jingga meyakini sekiranya diberi peluang mengambil alih pentadbiran pusat,satu fokus utama adalah menambah baik sistem jalanraya di Sarawak disamping memastikan semua projek tertangguh seperti Lapok-Beluru siap sepenuhnya. Bagi jalanraya Pan Borneo yang kini hanya mempunyai dua lorong ,ia sewajarnya dinaiktaraf pada 4 lorong dan akses talian telefon harus dibaiki kerana begitu banyak laluannya jauh dari akses komunikasi.

PAS Sarawak sekali lagi mendesak agar kerja sebegini disegerakan demi memastikan kemudahan rakyat disamping mengelakkan kejadian kemalangan disebabkan keadaan jalanraya sempit ,kecil dan beralun berlaku lagi.

Engr Mohd Azwani A Rani
Ketua Penerangan PAS Sarawak


Login Form