Selasa, Disember 23, 2014
   
Text Size

Miri diselubungi oleh Jerebu

Miri - Seperti yang dilapor dalam akhbar tempatan kira-kira jam 11 pada pagi Isnin, Indeks Pencemaran Udara bagi Institut Latihan Perindustrian (ILP) di Miri berada pada 236, yang merupakan lonjakan kepada takat 73 dari hari sebelumnya dari API sebanyak 163 yang dicatatkan pada 11 pagi pada hari Ahad.


Stesen pemantauan terletak berhampiran kebakaran yang bermula pada hari Jumaat. Bacaan API yang baik adalah dari 0-50, sederhana
(51-100), tidak sihat (101-200), sangat tidak sihat (201-299) dan berbahaya dari 300 dan ke atas.

Ini menunjukan API bagi kawasan Miri terutama sekali kawasan Baram adalah amat tidak sihat bagi penduduk yang tinggal dalam kawasan
tersebut. Apakah tindakan pihak berkuasa untuk mengatasi masalah ini selain dari melarang orang ramai dari pembakaran terbuka?

Pihak berkuasa tempatan seharusnya memaklumkan kepada orang ramai agar jangan keluar rumah terutama kepada pesakit asma atau penyakit lelah. Kebanyakkan orang ramai tidak mengetahui atau tidak mempunyai maklumat terkini tentang masalah jerebu yang melanda Miri terutama sekali penduduk kampung.

Pihak berkuasa tempatan seharusnya telus dalam memberi laporan dan memaklumkan kepada orang ramai agar bersedia untuk berpindah sekiranya keadaan semakin teruk.

Kita mendesak agar pihak kerajaan mengambil tindakan tegas keatas aktiviti pembakaran terbuka oleh syarikat perladangan di negeri ini
bukan saja membekukan susulan kebakaran tanah gambut yang berlaku di kawasan Tudan, Miri, Sabtu lalu tetapi juga mengawal kebakaran dari
terus merebak ke kawasan lain.

Jangan hanya mengambil tindakan tegas terhadap orang awam yang membakar sampah di kawasan perumahan tetapi punca utama jerebu adalah
disebabkan oleh pembakaran terbuka yang dijalankan oleh syarikat perladangan dalam negeri ini.

Mereka ini yang perlu dikawal serta dipantau agar segala aktiviti mereka ini benar-benar mengikut prosedur yang dibenarkan oleh
undang-undang negara.

Jofri Jaraiee
PAS Miri, Sarawak


Uploads by Harakah Daily

Login Form