Selasa, September 30, 2014
   
Text Size

Masalah Tiada Kemudahan Asas di SMK Tinjar Baram Perlu Penyelesaian Segera

BARAM - SMK Tinjar terletak dalam kawasan parlimen Baram. Majoriti penduduk berbangsa Iban dan terdapat juga kaum dari keturunan Penan, Kayan, Kenyah dan lain-lain. Perjalanan dari bandaraya Miri melalui jalan darat mengambil masa lebih kurang 2 jam setengah. Keadaan jalan menuju ke Tinjar melalui jalan Lapok masih lagi dalam keadaan teruk terutama sekali musim hujan lebat dimana air dari sungai Bok melimpah keluar ke jalan menyebabkan banjir, jalan becak dan licin.


Baru-baru ini kami menerima aduan dari penduduk serta pengajar di SMK Tinjar Baram tentang masalah bekalan air bersih serta elektrik yang
tidak konsisten atau stabil dalam kawasan mereka.

Masalah utama yang dihadapi oleh penduduk di Tinjar adalah masalah bekalan air bersih, setakat ini mereka terpaksa menggunakan air hujan
atau air yang dipamkan dari sungai yang berdekatan untuk kegunaan harian.

Cuba bayangkan betapa sukarnya mereka menghadapi kehidupan dalam keadaan tiada air bersih dan mereka terpaksa mengharapkan air hujan
untuk mendapat bekalan air bersih untuk memasak, minum dan mencuci pakaian.

Ada ketikanya para pelajar terpaksa menggunakan air yang dipam dari sungai untuk mandi sepanjang minggu disebabkan gangguan bekalan air
hujan yang disimpan dalam tangki tidak mencukupi untuk menampung para pelajar yang terlalu ramai.

air_sungai_tercemarTetapi masalahnya air sungai (gambar kiri) pun tercemar, kotor serta berbau dan mereka terpaksa menggunakannya sekiranya berlaku musim kemarau panjang akibat tiada air hujan.

Begitu juga dengan masalah bekalan elektik yang tidak stabil dan ianya menggunakan genset untuk kegunaan harian. Menurut salah seorang
pengajar di situ, genset yang digunakan sekarang ini menghadapi masalah kerosakan. Ianya perlu ditukar dengan genset baru untuk
mengatasi masalah ganguan bekalan eletrik.

Apabila genset menghadapi masalah kerosakan untuk membekalkan aliran letrik ke tempat kediaman mereka dan mereka terpaksa bergelap pada
waktu malam.

Keadaan rumah dan tempat tinggal pengajar juga ada menghadapi masalah kebocoran dan retak walaupun tidak sampai 3 tahun digunakan.

siling_kelas_bocorBegitu juga keadaan dalam kelas di SMK Tinjar juga menghadapi masalah kebocoran siling (gambar kiri) apabila musim hujan lebat para pelajar serta guru
yang mengajar terpaksa mencari tempat teduh untuk mengelak dari basah.

Mereka merayu agar masalah mereka ini dapat diberi perhatian dan dapat diselesaikan dengan segera memandangkan keadaan kehidupan seharian mereka sering terganggu akibat tiada kemudahan asas. Selain daripada itu masalah tempat mengajar juga agak daif dan perlu diperbaiki dengan segera.

Mereka meminta agar pihak kami dapat mengemukakan masalah mereka kepada pihak berkuasa agar dapat diberi perhatian serta tindakan
segera.

Kita mengesa agar pihak berkuasa segera mengatasi masalah yang dihadapi oleh para pelajar serta para pengajar yang mengajar di SMK
Tinjar Baram.

Pihak kementerian pelajaran sepatutnya memandang serius masalah para pelajar dan para pengajar di pedalaman Sarawak kerana keadaan
kehidupan mereka sangat daif dan tidak ada kemudahan asas yang sepatutnya diberi kepada mereka yang terpaksa berjauhan dari keluarga
mereka.

siling_kediaman_guru_bocorSudahlah keadaan jalan teruk dan tiada sebarang kemudahan asas diberikan, tempat tinggal para pengajar (gamabr kiri) juga teruk dan tidak terurus dengan baik oleh pihak pemerintah.

Sepatutnya mereka inilah yang patut diberi segala kemudahan asas kerana mereka sanggup mengajar di pedalaman Sarawak semata-mata ingin melihat anak bangsa mereka menjadi berguna untuk negara dimasa hadapan. Kalau pihak pemerintah terus abaikan nasib serta keadaan kehidupan mereka terus begini jangan haraplah hendak menerima keputusan pelajaran yang terbaik dari sekolah yang kurang mendapat kemudahan asas ini.

Kita sekali lagi mengesa agar perkara ini perlu diberi perhatian sewajarnya dan juga diselesaikan dengan segera dari pihak pemerintah demi kemajuan anak bangsa dimasa hadapan.

Kerjasama dengan pihak yang berkenaan sangat kita hargai.


Jofri Jaraiee
PAS Miri, Sarawak


Uploads by Harakah Daily

Login Form