Sabtu, Ogos 23, 2014
   
Text Size

Sistem e-Filing Tahun Taksiran 2012 Tidak Mesra pengguna

Aplikasi e-Filing LHDN (Lembaga Hasil Dalam Negeri) Malaysia ini telah diperkenalkan di dalam Tahun 2003 untuk memudahkan kaedah penghantaran Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) elektronik melalui Internet yang disediakan untuk pembayar cukai korporat dan seterusnya kepada pembayar cukai individu dalam tahun 2004.

Keadah yang digunakan tersebut memang baik bagi memudahkan pembayar cukai membayar cukai tanpa perlu beratur panjang untuk membayar cukai tetapi sekarang ini ada beberapa masalah yang timbul yang masih menjadi persoalan tentang sistem e-Filing untuk taksiran tahun 2012.

Ramai pembayar cukai tertanya-tanya samada e-Filing LHDN masih berfungsi seperti biasa atau kita kena mengisi semula secara manual ruangan pendapatan. Kalau dulu Pendapatan Berkanun dan Jumlah Pendapatan tercatit secara automatik dan pembayar cukai hanya perlu
mengisi maklumat atau pendapatan tambahan saja tetapi sekarang ini ianya kosong tanpa ada maklumat pendapatan seperti dulu.

Mengapa pihak LHDN tidak memasukkan jumlah hasil pendapatan yang dikeluarkan oleh pihak syarikat seperti tahun sebelumnya. Sekarang
pembayar cukai kena mengisi semua jumlah hasil cukai pendapatan penyata gaji pekerja swasta dari Borang EA.

Sepatutnya pihak LHDN mengekal cara pengisian sebelum ini dimana pembayar cukai hanya perlu mengisi maklumat tambahan tanpa perlu mengisi keseluruhan jumlah pendapatan seperti dalam borang EA.

Kami menggesa LHDN untuk mengubahsuai sistem E-Filing yang sedia ada supaya ia lebih mesra pengguna dan tidak membebankan pembayar cukai untuk mengisi secara manual contohnya Borang BE dan sebagainya.

Tanggungjawab LHDN untuk mengemaskini data pengguna secara sistematik dan menyemak dengan tepat hasil cukai yang perlu dikena pada masa yang sama agar tidak berlaku kerja yang berulang-ulang sehingga menyusahkan pembayar cukai membuat pentaksiran semula untuk tahun yang sama seperti yang berlaku sebelumnya. Ada kes dimana pembayar cukai dikenakan pentaksiran semula cukai yang sudah melebihi 5 tahun
sehingga ada yang sampai 12 tahun.

Harap perkara ini dapat diselesaikan dengan sebaik mungkin dan kerjasama dengan pihak LHDN amat dihargai.

Jofri Jaraiee
PAS Miri, Sarawak



Login Form